Thursday, August 13, 2009

Mengandung dan kencing manis

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras glukosa di dalam darah badan melebihi paras normal.

Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca

Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.


Baca artikel penuh - KLIK DISINI



Saturday, August 8, 2009

Hidup tanpa ubat

UNGKAPAN anda adalah apa yang dimakan jelas menggambarkan kepentingan makanan dalam hidup manusia. Nikmat menjamah makanan bukan sekadar memenuhi keperluan mengisi perut kosong, sebaliknya bahan yang dicerna menjadi penentu tahap kesihatan individu.

Namun lumrah manusia, lebih ramai memikirkan soal sedap atau tidak makanan yang dijamah, berbanding khasiat dan kandungan juadah yang disaji.

Sedar atau tidak, makin mewah masyarakat, makin ramai individu menderita penyakit kronik tanpa mengira usia. Jika diselidik, soal pemakanan dan diet tidak sihat menjadi punca manusia dijangkiti penyakit berbahaya.

Baca artikel penuh - KLIK DISINI


Fibroid dalam rahim

RAMAI wanita menganggap diri mereka lengkap dengan sifat kewanitaan apabila mengandung dan melahirkan anak, antara anugerah Allah yang tidak terhingga. Untuk tugas istimewa ini, wanita dibekalkan organ yang menakjubkan iaitu rahim atau dalam istilah perubatan ia dipanggil uterus.

Tahukah anda rahim juga mengalami proses penggantian semula setiap bulan, iaitu lapisan tisu bahagian dalam (dipanggil endometrium) akan luruh dan keluar sebagai darah haid sekiranya kehamilan tidak berlaku. Jika kehamilan berlaku, rahim akan menyimpan telur atau ovum yang sudah disenyawakan dengan sperma dan menampungnya sehingga waktu kelahiran.

Bagaimanapun adakalanya ketumbuhan boleh wujud dalam rahim. Satu daripada ketumbuhan rahim yang biasa dialami ialah fibroid. Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.

Baca artikel penuh - KLIK DISINI