Thursday, October 29, 2009

Radang Sinus atau Resdung


Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.



Radang sinus?


Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

>> Radang sinus akut
>> Radang sinus kronik



Baca artikel penuh - KLIK DISINI

Tuesday, October 27, 2009

Jerawat


Jerawat - Jangan pandang remeh

"SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang juga. Kadang-kadang malu juga melihat keadaan wajah saya lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan orang. Pernah saya tidak datang satu temuduga kerja kerana malu dengan muka saya yang penuh jerawat." 

Demikian antara luahan hati Norlia Ahmad, seorang remaja yang pemalu dan lebih suka menyendiri gara-gara kurang keyakinan disebabkan masalah jerawat yang agak serius dialaminya.

Norlia tidak berseorangan, sebaliknya ramai lagi remaja menghadapi masalah sama kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah mengalami jerawat iaitu antara 80 peratus hingga 90 peratus.




Saturday, October 24, 2009

Radang tonsil perlu dibuang


SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan. >> Baca artikel penuh - KLIK DISINI.

Kuku mudah dijangkiti kulat

SELAIN muka, anggota badan yang selalu menjadi perhatian orang ialah kebersihan tangan, khususnya kuku.

Kuku boleh menjadi lambang keprihatinan seseorang menjaga kebersihan dan kesihatan secara keseluruhan.

Kuku kita dihasilkan daripada sejenis protein dipanggil keratin. Walaupun kuku boleh dikatakan antara tisu terkuat dalam badan, ia mudah mengalami masalah dan menjadi lemah, pecah atau tumbuh terlalu perlahan.

Masalah kuku biasanya disebabkan jangkitan kulat dan lama kelamaan ia boleh rosak dan tertanggal.

Sunday, October 18, 2009

Komplikasi berkaitan kencing manis

Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing manis jenis kedua atau pra kencing manis.

Penyakit biasa yang diketahui ada hubungkaitnya dengan kencing manis ialah penuaan pra masa, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kogestif, strok, osteoporosis, masalah mata seperti katarak, glaukoma, dan retinopati, kepincangan fungsi erektil serta neuropati seperti kekebasan atau rasa berdenyut di kaki atau tangan.

Anda mungkin tidak berasa sakit sepenuhnya, oleh itu kudis akan berkembang lebih buruk dan anda rentan kepada jangkitan. Kerosakan teruk pada saraf penghidap kencing manis merupakan sebab utama pemotongan paha dan kaki dan kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat jangkitan. Gula darah yang tinggi membuatkan lebih susah untuk badan menentang jangkitan.

Baca artikel penuh - KLIK DISINI